Saturday, 28 September 2013
Kenapa Malaysia Patut Menjadi Negara Hemp No.1 Asia Tenggara
Hemp berbeza dengan Ganja. Setakat ini kita sudah tahu bahawa bukan sahaja berbeza, malah Hemp boleh digelar Anti-Ganja, kerana sifat genetiknya yang menyekat mengeluaran TetraHydro Cannabinol (THC) daripada pokok Ganja. Bahan aktif Ganja. Malaysia tidak mengiktiraf pengetahuan am ini dan menklasifikasikan Hemp sama dengan Ganja. Sesuatu yang amat malang sekali, kerana nilai keutungan industri Hemp di Malaysia boleh mencapai ke angka billion.
Jadi mengapa Malaysia patut menjadi negara Hemp No. 1 Asia Tenggara?
1. Faktor cuaca.
Semua spesis pokok Kanabis berasal dari Asia. Secara semulajadinya ia tumbuh paling baik di dalam cuaca di Asia. Ini termasuk di Malaysia. Di Amsterdam, Belanda, ibu kota Kanabis dunia, mereka bergantung kepada bekalan eletrik untuk memastikan cahaya & suhu yang sesuai dengan pertumbuhan. Mereka juga terpaksa menanam di dalam kawasan tertutup untuk mengawal persekitaran kebun. Di Malaysia sinaran matahari & hujan yang konsisten sepanjang tahun adalah cuaca yang amat sesuai untuk Kanabis Sativa, ataupun Hemp.
2. Faktor kemudahan agrikultur
Malaysia adalah sebuah negara agrikultur yang disegani di Asia. Faktor cuaca & sejarah penduduk asal menyebabkan perkembangan bidang agrikultur yang semasa. Dengan adanya badan seperti MARDI, Malaysia juga mempunyai kebolehan untuk menjadi peneraju penyelidikan Hemp di Asia Tenggara. Organisasi besar seperti FELDA boleh digunakan sebagai penggerak utama penanaman Hemp di Malaysia. Dengan hasil pulangan setiap ekar lebih tinggi dari tanaman Getah ataupun Kelapa Sawit, Hemp ialah tanaman yang sangat ideal.
3. Faktor lokasi
Dari zaman kesultanan Melaka lagi, lokasi Malaysia sememangnya diakui strategik untuk perdagangan. Ini memberi kelebihan terhadap Malaysia kepada negara-negara Asia Tenggara lain. Dari segi kuantiti, Malaysia tidak akan mampu melangkaui China yang kini pengeluar Hemp industri terbesar dunia. Tetapi dengan lokasi geografik yang mempunyai pelbagai jenis cuaca dan ditambah dengan penyelidikan canggih dari MARDI, Malaysia pasti dapat menghasilkan strain-strain Hemp yang unik dan berkualiti tinggi. Dari tanah tinggi di Kundasang, Sabah hingga ke jelapang padi di Kedah, Malaysia mempunyai lokasi sempurna untuk perkembangan Hemp di Asia Tenggara.
4. Faktor alam sekitar
Hemp bukan sahaja tanaman yang mengutungkan, ia juga tanaman mesra alam yang terbaik. Penanaman Hemp tidak memerlukan banyak racun serangga kerana ketegaran spesis Kanabis, boleh membaik pulih tanah ladang yang 'gersang' dan juga tidak menggunakan racun rumpai kerana kanopi pokok Hemp yang lebat menyekat pertumbuhan rumpai. Kain & kertas Hemp juga hanya menggunakan sedikit bahan kimia untuk diproses. Baca lebih lagi tentang kelebihan Hemp Industri.
Malaysia sememangnya sebuah negara yang amat istemewa.Sayang sekali, keistimewaan itu disalah guna & disekat perkembangannya.
4 faktor ini adalah amat besar dan sepatutnya dibentangkan di dalam kertas kerja bagi setiap satu. Jika ada pihak berminat untuk menulis kertas kerja atau kertas penyelidikan tentang topik-topik ini, pihak Hemperors mengalu-alukan e-mel anda.
"With nature, when you realize it, it is usually too late" - unknown
Very nicely written and informative..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteanyone dare to write a memo and get as many supporters and give the memo to the King (Agung) to abolish the law on hemp.
ReplyDeletekeep sending emails non stop from various different user to MARDI/FELDA/LPP Kementerian Pertubuhan Peladang Malaysia or whoeva. Malaysia hemp law must be abolish
Hi I have read your analysis on hemp planting, I am very interested with this as well as I am also involving in argriculture, can we meet up for discussion, I have something to propose
ReplyDeleteMy contact 016-2420696 Adrian
ReplyDeleteHi, good day,
ReplyDeleteI am a new researcher of natural fiber in Malaysia. May I know why do you say hemp is different in ganja? Which plant that produce ganja ?