Monday 10 February 2014

Presiden Uruguay Dicalon "Nobel Prize for Peace" Kerana Melegalisasikan Kanabis

Semenjak tahun lepas, The Hemperor's telah mengikuti perkembangan isu legalisasi Kanabis di Uruguay. Pada Ogos 2013, Uruguay telah menjadi negara pertama yang membenarkan penggunaan & penanaman Kanabis. Ini semua adalah kerana usaha & dedikasi besar seorang wira, Jose Alberto "Pepe" Mujica, presiden Uruguay.



Kini beliau telah dicalonkan sebagai salah seorang penerima anugerah Nobel Prize bagi kategori Keamanan untuk tahun ini. Polisi Kanabis baru kerajaan Uruguay adalah untuk menggunakannya sebagai alat keamanan & seperfahaman.


Presiden Jose Alberto "Pepe" Mujica


Presiden Jose Mujica, yang kini digelar Presiden Kanabis dulu lebih dikenali sebagai "Presiden Termiskin Didunia" , yang memberi 90% daripada gajinya kepada badan kebajikan & memandu Volkwagen biru yang buruk.

Rumah Presiden Uruguay
Kereta beliau

Beliau gemar menanam bunga


Presiden Jose Alberto Mujica, adalah contoh kepada pemimpin-pemimpin lain di seluruh dunia. Bukan sahaja kerana beliau berani mengorak langkah baru untuk "menyelamatkan" negara beliau dari anasir luar, tetapi lebih kerana gaya hidup beliau yang 'simple' , tidak didorong kebendaan, & adil. Hidup JOSE MUJICA!!! (ho-ze-mu-hi-ka)



"I'm called the poorest president, but I don't feel poor. Poor people are those who only work to try to keep an expensive lifestyle, and always want more and more" Jose A. "Pepe" Mujica


No comments:

Post a Comment