Klik di sini untuk versi English
Ladang Hemp |
Hemp
Atau nama saitifiknya Cannabis Sativa, ialah tumbuhan berserabut yang mempunyai kegunaan
yang tidak terbilang. Hemp selalu dikelirukan dengan Marijuana atau Ganja
(hanya 10% daripada semua species Cannabis
Sativa adalah Ganja). Hemp tidak boleh digunakan sama dengan cara
penggunaan Marijuana, ini kerana Hemp tidak mempunyai, atau dalam kandungan
yang sangat rendah, bahan psikoaktif, iaitu TetraHydroCannabinol (THC) yang
menyebabkan efek khayal. Saintis memutuskan, untuk mendapatkan walaupun sedikit efek psikoaktif, seorang pengguna perlu menghisap rokok Hemp sebesar tiang lampu. Tapi kerana rupa fizikal kedua-dua tumbuhan ini adalah
hampir serupa, Hemp juga dikategorikan sebagai dadah merbahaya. Ini tidak logik, jika difikirkan. Kerana gula icing & gula pasir mirip 100% dadah jenis Kokain, Heroin, Morfin & Syabu. Patutkah kita mengharamkan penggunaan gula icing? Rupa sesuatu benda sepatutnya tidak menjadi faktor pengunaanya.
Marijuana/Ganja |
Kegunaan
Apa yang istimewa tentang pengunaan Hemp?
Hemp mempunyai banyak kegunaan am yang boleh menggantikan
pengunaan sumber-sumber tidak mampan yang bakal memusnahkan dunia. Seperti
petroleum & kayu balak.
Roti dengan benih hemp |
Makanan
Hemp boleh dimakan & berkhasiat tinggi. Minyak biji Hemp
mengandungi 80% essential fatty acids (EFA)
seperti Omega-3 & 6. Protin Hemp mengandungi semua 21 amino acids, termasuk
9 jenis yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia dewasa. Ini menjadikan
ia ‘protin lengkap’ & sedia diserap oleh sistem pencernaan manusia. 15ml
atau satu sudu makan minyak biji Hemp sehari, cukup untuk memenuhi keperluan
EFA. Daun Hemp juga boleh dimakan seperti salad.
Kasut Adidas Hemp |
Pakaian
Di China, Hemp telah digunakan sebagai pakaian lebih dari 10,
000 tahun dahulu. Serabut & serat Hemp yang panjang dapat menghasilkan kain
yang lebih kuat daripada kain kapas. Hemp adalah bahan pertama yang digunakan
untuk menghasilkan jeans Levis Strauss. Mengapa kain Hemp lebih berkualiti
tinggi adalah kerana serat Hemp boleh menjangkau kepanjangan 4 meter. Berbanding
dengan kapas, hanya 1-2 mm. Kain Hemp lebih lembut ,lebih tahan air &
berfaktor insulasi tinggi. Maksudnya, pemakai baju Hemp akan berasa sejuk
ketika hari panas & berasa panas selesa di dalam cuaca yang sejuk. Tambahan
lagi, pemprosesan kain Hemp menggunakan jauh lebih sedikit bahan kimia
berbanding dengan pemprosesan kain kapas.
Declaration of Independent |
Kertas
2000 tahun dahulu, Cai Lun, atau lebih dikenali sebagai
“Pencipta Kertas”, telah menyeragamkan penciptaan kertas. Apa yang tidak
diketahui pada masa itu, 200 tahun sebelum Cai Lun mencipta kertas, kertas Hemp
telah digunakan oleh Dinasti Han. Kertas Hemp tahan lebih lama berbanding
kertas dari kayu balak. The Declaration of Independent Amerika yang pertama,
ditandatangani pada 4 Julai 1776, diperbuat dari Hemp. Sehingga
sekarang, kertas perjanjian itu masih dalam keadaan seperti baru. Pokok Balak
mengambil masa 50-100 tahun untuk mencapai kematangan. Hemp mengambil masa 3
bulan. Jumlah hutan yang dapat kita selamatkan dengan menggunakan kertas Hemp,
adalah memeranjatkan.
Semua bahagian dalaman ini diperbuat daripada plastik Hemp |
Plastik
Hemp boleh diproses menjadi plastik mesra alam yang kalis
api, berdasarkan tumbuhan (mampan) & yang paling penting boleh terbiodegradasi
(boleh reput secara semula jadi dengan cepat). Plastik konvensional adalah
ciptaan manusia yang paling berjaya & paling gagal. Manusia membuatnya
terlalu tegar, ia mengambil masa 500-1000 tahun untuk reput secara semulajadi.
Sambil melepaskan gas-gas merbahaya kepada manusia. Pada 1941, Henry Ford telah
mencipta kereta Soybean. Prototaip yang dibuat dengan sumber Hemp. Badan kereta
ini telah terbukti lebih tahan daripada badan kereta besi kovensional. Enjin
Diesel kereta Soybean ini, berfungsi dengan bahan bakar alternatif seperti Hemp
& jagung. Pada masa kini Audi, BMW, Ford, Chrysler, Honda, GM, Iveco,
Lotus, Mercedes, Mitsubishi, Saturn, Volkwagen, Porsche & Volvo menggunakan
bahan plastik diperbuat dari Hemp di dalam kereta keluaran mereka.
Rumah ini diperbuat daripada bahan binaan Hemp |
Bahan Binaan
Bahan binaan yang kuat & ringan, seperti Hempcrete dapat dibuat
dengan mencampurkan serat Hemp dengan konkrit. Hemp juga boleh digunakan
sebagai bahan insulasi dinding. Secara teori, 1 meter kubik ruang yang
diperbuat dari bahan binaan Hemp dapat menyerap 165kg karbon dioksida di udara.
Jadi bukan sahaja ia dapat membina sebuah rumah, malah dapat membersihkan udara
di dalam rumah tersebut.
Hempcrete |
Pembersih Air & Tanah
Kerana pokok Hemp mampu menyerap fosforus & bahan-bahan
merbahaya yang terperangkap di dalam tanah (lebihan pengunaan baja tahi ayam), menanam
ladang Hemp mampu membersihkan sebidang tanah & kandungan airnya untuk
penyediaan tanaman seterusnya. Petani tidak lagi perlu membiarkan tanah kosong
untuk beberapa bulan, tanpa hasil, supaya tanah tersebut boleh digunakan semula
(setelah di nyah toksik oleh penanaman Hemp). Oleh kerana kebolehan semulajadi ini, Hemp banyak ditanam di tapak
bencana nuclear Chernobyl, Russia. Kerajaan Jepun patut mengambil insiatif yang
sama untuk insiden di Fukushima.
Hemp sebagai pengawal rumpai |
Pengawal Rumpai
Hemp boleh ditanam sebagai pengawal rumpai biologikal. Hemp
mempunyai kanopi yang tinggi, menyekat cahaya matahari ke permukaan tanah.
Sekaligus membantut pertumbuhan rumpai. Hemp juga boleh ditanam dengan rapat,
mengurangkan peluang rumpai untuk bertapak. Petani boleh memanfaatkan penanaman
Hemp sebagai pengawal rumpai, daripada menggunakan racun rumpai yang mencemarkan
alam. Hemp juga boleh menumpaskan
penanaman Ganja & Marijuana. Jika sepohon pokok Hemp ditanam berdekatan
dengan ladang Marijuana, selepas 3 generasi, kandungan bahan psikoaktif THC
dalam semua Marijuana di ladang tersebut akan berkurangan atau hilang sekali
gus. Ini kerana, genetik Hemp akan terkacuk dengan genetik Marijuana. Hemp
secara semulajadi, mengandungi kandungan THC yang amat rendah.
Perskripsi seorang pesakit di California |
Ubat
Jika kita nilai saudara Hemp yang berTHC tinggi, Marijuana,
ia juga dapat digunakan sebagai ubat. Pada 1980-an Saintis telah menemui
reseptor Kannabinoid di dalam badan manusia. Reseptor ini hanya dapat
diaktifkan dengan Kannabinoid seperti THC (TetraHydroCannabinol) & CBD
(Cannabidiol) yang terdapat di dalam bunga betina Marijuana. Banyak kajian
telah mendapati penggunaan Marijuana memberi kesan positif kepada manusia. Ia
dapat mengecilkan ketumbuhan, sama ada kanser atau tidak. Ia dapat membantu
beberapa penyakit-penyakit kronik seperti Glaukoma, pelega kesakitan kronik,
Gout, multiple scelrosis, tekanan
darah tinggi, kurang selera makan, muntah-muntah untuk ibu mengandung &
pesakit kanser yang menghadapi terapi Chemo & pelbagai lagi. Ganja juga telah menunjukkan kesan positif terhadap Human Imunnodeficiency Virus (HIV). Pesakit-pesakit HIV yang menggunakan Ganja, mempunyai peluang hidup yang lebih panjang. Ini kerana, THC merangsang reseptor CD4 yang terdapat pada sel imun manusia. HIV memang diketahui untuk menyerang reseptor CD4 ini. Efek Ganja sebagai ubat boleh dilihat dengan jelas di dalam pesakit-pesakit Epilepsi yang diserang sawan. Kannabinoid
juga telah ditemui di dalam susu ibu mengandung. Fungsinya untuk mengstimulasi
perasaan lapar di dalam bayi. Tanpa Kannabinoid, bayi manusia akan mati
kelaparan.
Proses penggunaan Hemp sebagai bahan bakar |
Bahan Api
Akhir sekali & paling penting, Hemp boleh digunakan
sebagai bahan api biojisim mesra alam yang mampan. Jawapan kepada kezaliman
bahan bakar tidak mampan seperti petroleum. Sebab kenapa Hemp diharamkan serata
dunia, ada kena mengena dengan kuasa-kuasa besar yang mengawal sumber tenaga
dunia. Bayangkan anda adalah kuasa monopoli tenaga dunia sekarang, tidakkah
anda takut jika saya beritahu anda, ada sesuatu yang dapat menggantikan sumber
tenaga anda? Ia lebih murah & mesra alam. Pasti anda akan melakukan apa
sahaja supaya tiada orang tahu tentang perkara ini. Dunia sekarang sudah ketagih dengan tenaga. Hampir
semua barang-barang di sekeliing anda sekarang menggunakan tenaga. Itulah
kelemahan kita yang kini menyebabkan kemusnahan alam. Jika 6% Amerika ditanam
dengan Hemp, ia dapat menampung permintaan tenaga seluruh Amerika. Hanya begitu
sedikit untuk meliberalisasikan Amerika daripada bahan bakar konvensional. Hemp
mempunyai 4 kali kemampuan biojisim daripada jagung (bahan bakar biojisim no.1
di dunia sekarang), membuktikan bahawa Hemp adalah sumber biojisim yang
terbaik.
Keratan majalah Popular Mechanics menunjukkan bagaimana Hemp boleh ditukar kepada bahan bakar |
Kelebihan
Setiap hektar ladang Hemp dapat menghasilkan 25 tan bahan
berguna setiap tahun. Dibandingkan dengan gandum & jagung yang hanya mampu
menghasilkan 8.5 tan. Kelapa sawit hanya boleh dituai selepas 4 tahun, Hemp
matang & boleh dituai 3 kali setahun. Perolehan tanaman yang singkat ini
dapat memastikan pembekalan sumber Hemp yang mampan. Bahan mentah dari 1 ekar
tanaman Hemp adalah sama dengan 4 ekar kayu balak & 2 ekar kapas. Tetapi
kelebihan Hemp yang muktamad ialah, kitar penanaman Hemp & pembakaran bahan
bakar Hemp akan mengekalkan tahap karbon dioksida di atmosfera dunia dalam
keadaan seimbang. Ini kerana, penanaman Hemp menyerap karbon dioksida yang
dilepaskan ketika pembakaran bahan api Hemp. Ini bermaksud, penanaman Hemp
tidak akan menambah “Pemanasan Global”. Bahan bakar Hemp juga terbakar bersih,
ia tidak akan menyebabkan hujan asid.
'Hemp For Victory', video awam yang ditayangkan pada 1942. Kerajaan Amerika mendesak petani untuk menanam Hemp sebagai bekalan bahan mentah, bagi membolehkan pihak Allied menang Perang Dunia ke-2. Mengapa ia haram sekarang?
Ini adalah senarai yang amat panjang, tapi malangnya, ia
hanya mampu membongkar sedikit sahaja kegunaan Hemp. Jangan ambil kata saya.
Pergi mencari sendiri kegunaan-kegunaan Hemp & Marijuana, kemudian kongsi
bersama rakan atau keluarga.
Dialih Bahasa : Ace si Kucing
nice.. break the news.. research is everything..
ReplyDeleteOk. Thanks for the support. Help share this post on FB
ReplyDeleteI don't know this plant before read your writing. Thank you for nice share..
ReplyDeleteTQ & share the infos
DeleteAdakah kerajaan ( jab pertanian/jab perhutanan) tahu tentang ini??...rasanya diorg tau, nasibnya sama spt ketum juga...Shukri EES HERBS 019-5407859
ReplyDeleteinfo yg menarik n bernas..mohon share..
ReplyDeleteSuper-Duper site! I am Loving it!! Will come back again, Im taking your feed also, Thanks. best cbd oil
ReplyDelete